Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)
Semasa proses membina atau membeli
sesebuah PC/laptop, harddisk adalah diantara barang utama yang menjadi
pilihan. Dari segi kapasiti, jenama, hinggalah kelajuan harddisk
tersebut. Dan hari ini aku ingin memeningkan lagi kepala korang semasa
proses pemilihan harddisk. Adakah korang akan membeli harddisk atau hard
drive (HDD) yang selalu diguna ataupun menggunakan solid state drive
(SSD). Mesti korang tertanya-tanya, yang manakah lebih bagus dan
berbaloi? Apakah pula perbezaan diantara kedua-duanya.
Jadi hari ini aku nak huraikan sedikit mengenai jenis, kelebihan dan kekurangan diantara kedua-duanya.
Hard Disk Drive (HDD)
Kita mulakan dengan harddisk atau hard
drive (HDD). Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956.
HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter)
yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin
laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya
diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200
RPM. Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga
mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada
laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan
connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang aku tahu
adalah IDE dan Serial ATA/SATA.
Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding
dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses
pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia
mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat.
Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat.
Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan
memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel
sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada
SATA.
Solid State Drive (SSD)
Seterusnya aku mahu memperkenalkan serba
sedikit mengenai SSD. Mungkin korang biasa dengan ‘term’ pendrive
ataupun USB drive. Untuk pendrive, ianya menggunakan mikrocip untuk
menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD ini adalah menyerupai
pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya. Selalunya SSD ini diperbuat
dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain ianya menggunakan
non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan SSD akan kehilangan data
secara tiba-tiba selepas bertahun, tetapi aku rasa ianya hanyalah mitos
semata-mata. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia
mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh,
SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data
hingga ke 500MB/saat. Hingga ke hari ini, aku hanya mengetahui SSD
mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan
soket SATA.
Kelebihan & Kekurangan HDD dan SDD
tries
|
HDD (Hard Disk Drive)
|
SSD (Solid State Drive)
|
---|---|---|
Penggunaan Kuasa | Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. | Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit. |
Harga | HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci. Contoh : RM1 = 1GB |
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD. Contoh : RM10 = 1GB |
Kapasiti | Boleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB. | Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci |
Jangka Masa Boot Windows 7 | Secara purata selama 40 saat atau lebih. | Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer. |
Bunyi | Kadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran. | Tiada bunyi yang dihasilkan. |
Kadar Haba | Tidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputar | Masih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi. |
Kadar Kegagalan | kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebih | kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih |
Kelajuan Read/Write | Dalam lingkungan dari 50 - 120MB/s | Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih |
Encryption | Full Disk Encryption (FDE) pada sesetengah model | Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih |
Kelajuan Membuka/Membaca Fail | Perlahan daripada S |
0 Response to "Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)"
Post a Comment